kata Mutiara Kehidupan bisa
menjadi teman disaat anda melangkah untuk mengarungi hidup ini, karena
sebuah makna kata akan terasa manfaatnya ketika kita sedang dan sangat
butuh sekali motivasi, percaya atau tidak bisa anda baca
kata mutiara kehidupan di bawah ini :
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman
ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang
lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang
lain.
Semulia-mulia manusia ialah
orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah
Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup
kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu
kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap
kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di
depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah
telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya
dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan
memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam
tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,
kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri
otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam
otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2
telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah
senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa
menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga
ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah
sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati
jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan
pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.
Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan
pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita
mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak
mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk
seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang
dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah
katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu
adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan
sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan
telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat
dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah
pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan
menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti
kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai
dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
Akal itu menteri yang
menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu
yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu
benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum
tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup,
pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan
kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu
kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu
sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang
mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami
segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu,
tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan,
mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana
kita cuma ada satu persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik,
usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana
rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah
jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa
kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Menghairankan sekali, orang yang
mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci
hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang
kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula
tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah
kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang
dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak
tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh
benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki
sampai kita mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada
akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu
tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan
hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di
masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama
dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
Orang bijaksana tidak sesekali
duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan
bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
Pandanglah segala sesuatu dari
kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin
hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
Ambillah
waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk
bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu
untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk
belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai
dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah
waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah
waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah
waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah
waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci menuju syurga.